Bernard Montgomery
Bernard Montgomery

Bernard Montgomery

Fil Marsyal Bernard Law Montgomery, Viscount Montgomery Alamein Pertama, KG, GCB, DSO, PC, DL (/məntˈɡʌmərɪ əv ˈæləmeɪn/; 17 November 1887 – 24 Mac 1976), diberi nama julukan "Monty" dan "The Spartan General",[1] adalah seorang pegawai kanan Tentera Darat British yang berjuang di kedua-dua Perang Dunia I dan Perang Dunia II.Beliau pertama kali terlibat dalam Perang Dunia Pertama sebagai pegawai muda Rejimen Warwickshire Diraja. Di Méteren, berhampiran sempadan Belgium di Bailleul, beliau telah ditembak pada paru-paru kanan oleh seorang penembak curi, semasa Pertempuran Ypres Pertama. Beliau kembali ke Barisan Barat sebagai pegawai staf am dan mengambil bahagian dalam Pertempuran Arras pada April/Mei 1917. Beliau juga mengambil bahagian dalam Pertempuran Passchendaele pada hujung tahun 1917 sebelum menamatkan perang sebagai ketua staf Divisyen Ke-47 (London Ke-2).Pada zaman antara perang beliau memerintah Batalion Ke-17 (Perkhidmatan), Fusilier Diraja dan, kemudian, Battalion Pertama, Rejimen Warwickshire Diraja sebelum menjadi Panglima Briged Ke-9 Infantri dan kemudian Panglima Divisyen Ke-8 Infantri.Semasa Perang Dunia Kedua beliau memerintah Tentera Darat Kelapan British di Gurun Barat dari Ogos 1942 hingga kemenangan akhir Tentera Bersekutu di Tunisia pada Mei 1943. Tempoh ini termasuklah Pertempuran El Alamein Kedua yang mana telah menjadikan beliau sangat popular. Beliau kemudiannya memerintah Tentera Darat Kelapan British sewaktu penyerbuan Bersekutu ke atas Sicily dan penyerbuan Bersekutu ke atas Itali. Beliau memerintah kesemua pasukan tentera darat Bersekutu semasa Operasi Overlord daripada pendaratan awal hinggalah berakhirnya Pertempuran Normandy. Beliau kemudian terus memerintah Kumpulan Tentera Darat Ke-21 untuk keseluruhan kempen di Barat Laut Eropah. Kumpulan Tentera Darat Ke-21nya gagal dalam percubaan serangan airborne mereka untuk merampas jambatan ke Sungai Rhine dibawah Operasi Market Garden, selepas dikalahkan dalam Pertempuran Arnhem. Apabila angkatan armor Jerman memecah masuk ke garisan Amerika di Belgium beberapa bulan kemudian dalam Pertempuran Bulge, Montgomery telah diberi memerintah kawasan utara Bulge. Ini termasuklah pemerintahan sementara Tentera Darat Pertama AS dan Tentera Darat Kesembilan AS, yang menyekat kemaraan Jerman di utara Bulge manakala Tentera Darat Ketiga AS dibawah George S. Patton membebaskan Bastogne dari arah selatan. Kumpulan Tentera Darat Ke-21 Montgomery, disokong oleh Tentera Darat Kesembilan AS dan Ketumbukan Airborne Pertama Bersekutu, menyeberangi sungai Rhine dalam Operasi Plunder pada Mac 1945, dua minggu selepas Tentera Darat Pertama AS menyeberangi sungai Rhine dalam Pertempuran Remagen. Pada 4 Mei 1945 Montgomery menerima penyerahan kalah tentera Jerman di Barat Laut Eropah di Lüneburg Heath, timur Hamburg, selepas penyerahan kalah Berlin kepada Soviet Union pada 2 Mei tetapi sebelum penyerahan kalah umum kepada SHAEF pada 7 Mei.Selepas perang beliau menjadi Panglima Tertinggi Tentera Darat British Rhine (BAOR) di Jerman dan kemudian Ketua Turus Am Imperial (1946–1948). Dari tahun 1948 hingga 1951 beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Panglima Tertinggi Kesatuan Barat. Beliau kemudian menjadi Timbalan Pemerintah Bersekutu Tertinggi Eropah NATO sehingga bersara pada tahun 1958.

Bernard Montgomery

Pangkat Fil Marsyal
Nama lahir Bernard Law Montgomery
Anugerah Knight of the Order of the Garter (1946)
Knight Grand Cross of the Order of the Bath (1945)
Distinguished Service Order (1914)
Kepujian Perutusan Keberanian (9 kali)
Anugerah asing lain (disenarai dalam teks utama)
Tugas lain Kolonel Komandan, Rejimen Kereta Kebal Diraja
Kolonel Komandan, Rejimen Para (-1956)
Wakil Kolonel Komandan, Kor Armor Diraja (1947-1957)
Kolonel Komandan, Kor Latihan Fizikal Tentera Darat (1946-1960)
Kolonel Rejimen Warwickshire Diraja (1947-1963)
Timbalan Lieutenant of Southampton (1958-)
Tahun perkhidmatan 1908–1958
Kesetiaan  United Kingdom
Pertempuran Perang Dunia I
Perang Inggeris-Ireland
Pemberontakan Arab di Palestin
Perang Dunia II
Meninggal dunia 24 Mac 1976(1976-03-24) (umur 88)
Alton, Hampshire, England, UK
Kelahiran (1887-11-17)17 November 1887
Kennington, London, England, UK
Arahan Tentera Darat Ke-8 1942–1943
Kumpulan Tentera Darat Ke-21 Bersekutu 1943–1945
Ketua Turus Am Imperial 1946–1948
Timbalan Pemerintah Tertinggi Eropah NATO 1951–1958
Disemadikan Holy Cross Churchyard, Binsted, England
Perkhidmatan Tentera Darat British

Rujukan

WikiPedia: Bernard Montgomery http://www.unithistories.com/officers/Army_officer... http://www.generals.dk/general/Montgomery/Bernard_... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://katalog.nsk.hr/F/?func=direct&doc_number=00... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://nato.int/cps/en/natohq/declassified_142460.... http://desertwar.net/bernard-montgomery.html http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p070812950 http://isni.org/isni/0000000121034400